Pada 4 Syawal yang lalu, Utara Homestay telah berjaya menganjurkan Hari Terbuka pertama di sini dengan kehadiran yang cukup mengagumkan. Pelbagai juadah dihidangkan termasuklah kari ikan, telur masak sambal, kerabu dan sebagainya. Acara rumah terbuka bermula dengan bacaan tahlil dan doa selamat. Terima kasih kepada ARTBYFIZZ photography yang sudi menjadi penaja fotografi kami. Terima kasih juga kepada semua tetamu yang sudi hadir ke majlis hari terbuka UTARA HOMESTAY. Kami, pihak pengurusan UTARA HOMESTAY mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita beroleh rahmat dan maghfirahNYA sentiasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment