Pada 4 Syawal yang lalu, Utara Homestay telah berjaya menganjurkan Hari Terbuka pertama di sini dengan kehadiran yang cukup mengagumkan. Pelbagai juadah dihidangkan termasuklah kari ikan, telur masak sambal, kerabu dan sebagainya. Acara rumah terbuka bermula dengan bacaan tahlil dan doa selamat. Terima kasih kepada ARTBYFIZZ photography yang sudi menjadi penaja fotografi kami. Terima kasih juga kepada semua tetamu yang sudi hadir ke majlis hari terbuka UTARA HOMESTAY. Kami, pihak pengurusan UTARA HOMESTAY mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita beroleh rahmat dan maghfirahNYA sentiasa.
UTARA HOMESTAY PILIHAN TERBAIK
10:30 AM
No comments
Bagi yang ingin meneroka utara Kedah atau mereka yang mempunyai urusan-urusan di utara tanah air, sama ada menghantar anak ke Universiti, MRSM dan sebagainya, UTARA HOMESTAY adalah pilihan terbaik!
Lokasinya yang strategik memudahkan perjalanan anda menuju ke utara Kedah serta Perlis dengan melalui lebuhraya yang terletak bersebelahan kawasan homestay. Dengan kadar sewa yang berpatutan, anda juga akan mendiami homestay yang selamat dengan kawalan sekuriti 24 jam sehari.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pelanggan yang telah memilih UTARA HOMESTAY sebagai homestay pilihan anda!
Wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)